Monday, June 27, 2011

malam ini...

mood:
sedih
gembira
cemburu
kurang sabar

adakah penantian aku..impian aku..akan dikabulkan??

Ya Allah..kau kabulkan impian aku...
hanya Engkau yang Maha Mengetahui segala isi hati aku

Tuesday, May 24, 2011

setelah sekian lama....

salam..
tajuk pun dah bayangkan yang ak lama sgt xmnulis..ni entry first aku untuk 2011..dah setengah tahun ak tinggalkan blog aku ni..bayangkan..setengah tahu..macam-macam terjadi..tapi kita hold dulu k..malam ni terasa nak kongsi cerita tentang orang yang saya admire sepanjang di usm..=)

admire saya..
kawan- kawan kat usm kata saya OBSES..huhu

biarlah..hehe
saya sangat suka kepada dia..
saya suka dia sebab dia kiut..
then saya dapat tau dia dari skolah agama..nun jauh di negeri bawah bayu..
mak aiii...dalam hati..mungkin ala-ala ustaz kot ni..
lagila bertambah suka..
TAPI...
saya selalu nampak dia dengan perempuan di kafe..
APALAGi..
saya pun katakan..
wahai hati..cukupla sekadar minat..jangan kau berani nak tonjolkan perasaan mu terhadap dia..

so...
4 tahun di usm..
dialah admire saya..
dia tahu ka??
tahla..agaknya tahu kot..
tapi sekarang dia sedang berbahagia...

SAYA??
saya masih mcm dulu..bahagia dengan cara tersendiri..
masih melakukan perubahan demi kebaikan..

p/s: untuk kamu yang saya admire..
saya mula meminati kamu bila kita mula bertentang mata n saling pandang memandang dalam dewan peperiksaan utama (DUP) masa kita kena isi borang ptptn or buat kad matrik..lupa sudah saya..
then kemudian kita ditemukan lagi bila malam pertama untuk badan beruniform..time tu..saya berkata..waaa..kalau boleh patrol dengan budak kiut ni best jugak..tapi..masa tu saya dah tak ingat awak..hehe..setiap kali masa tahun pertama saya jumpa awak..saya selalu pesankan kat hati..jangan terlalu gembira..sebab masa tu saya pun telah berkawan dengan orang bajau..=) tapi sekarang sudah tiada lagi ikatan tidak Allah redhai itu..


Monday, November 1, 2010

sahabat itu umpama perfume



salam..
sahabatku..



memetik kata sahabat saya..


sahabat itu umpama minyak wangi,
menebarkan haruman tidak kira ke mana ia pergi dan membawa impak pada sahabat-sahabat sekeliling
haruman dibawa dikongsi bersama..

menarik kan??

ukhwah..benda yang sangat penting dalam kehidupan seharian aku..
mengapa?? kerana aku yakin bila ukhwah terjalin..selama-lamaya kita perlu berhubung..
aku akan baiki diri aku supaya ukhwah dengan keluarga, kawan, rakan, sahabat dan apa saja gelaran seangkatan dengannya tidak terputus..
kadang-kadang aku tidak mampu..namun sahabat..jangan kamu bimbang kerana kamu tetap berada di hati dan di hujung solatku wahai sahabat..

alhamdulillah..
jika semalam hatiku agak gundah gulana..
hari ini..
Allah izin aku untuk merasa nikmat bahagia..
Allah izin aku untuk berada bersamamu wahai teman..

Teman yang sentiasa memberi sokongan kepada hidupku..
teman yang sentiasa mengambil berat soal hidupku tatkala aku berjauhan dengan keluarga..

~terima kasih ya Rabb kerana mengurniakan para sahabat yang sangat membahagiakan..~

Sunday, October 31, 2010

kamu..

salam..entry kali ni mungkin berkisar tentang hati..
hati siapa?? mungkin hati pemilik post ini..mungkin jugak tidak..hehehe

Ya Allah..
susah untuk aku menjaga hati ini dari yang bukan milik aku..
bantulah aku untuk jauhkan hati ini daripada yang bukan milikku..
kerana aku sedar semua ini bukan atas redhamu..

buat masa sekarang, dia bukan milikku, begitu juga masa hadapan..aku tidak dapat mengagak semua ini..kerana yang Maha Mengetahui hanyalah kamu.. sebaik- baik pencipta.. Allah..

hati aku mudah berubah..tapi perubahan yang aku inginkan hanyalah untuk ke arah kebaikan..janganlah engkau palingkan hatiku dari jalan redhamu..
lurutkan aku pada jalan yang engkau redhai Ya Rabb..

aku yakin dengan segala ketentuanMu..
ajal, jodoh, rezeki..semua di tanganmu..
maka..aku pohon untuk dijauhi dari segala penyakit hati..
aku yakin engkau sebaik-baik penolong.....
engkau tidak akan menguji hambamu dengan ujian yang tidak mampu dihadapinya..

wahai hati..
jangan kau gundah gulana..kuatkan hati..terus mara ke hadapan sambil memohon petunjuk dan taubat dariNYA..
tetapkan niat di hati untuk mendapat redhaNYA..


mengapa saya jumpa facebook kamu??
mungkin Allah ingin menguji saya..
saya akan kuatkan diri untuk tidak melihat facebook kamu..
sejak saya dapat tahu kamu ada facebook..
hati saya tak tenteram..saya tahu.. hati saya telah dibisikkan sesuatu..
kamu bukan milik saya begitu juga saya..


~kuatkanlah hati hambamu ini~



Wednesday, October 20, 2010

Dengarla..wahai sahabat

Sahabat
aku tahu kadang kala aku melampaui batas sebagai seorang sahabat
maafkan aku jika hati murnimu teluka dengan lidahku dan perlakuanku
maafkan aku andai aku bersalah..

Sahabat
nasihatku bukan untukmu semata2
namun juga untuk diriku

Sahabat
andai engkau sunyi..
aku berasa sepi..
andai engkau sedih..
hatiku menjadi pedih
andai engkau dihina..
penghinaan itu tetap kurasa..

Sahabat..
bila lagi akan kulihat senyum mu?
acap lagi boleh ku lihat mulutmu petah berceloteh?
kapan boleh aku bergurau senda denganmu?

Sahabat..
aku merindui saat ini..
aku merindui semua tentangmu

Sahabat..
biarla luka hatimu sekarang dari kita menangung perasaan yang saling tidak meredhai..
lidahku yang lancang memang bisa membuatkan engkau terluka..
bukan niatku..

Sahabat..
niatku..
hanya untuk meneruskan perkongsian hidup kita seperti masa lalu..
kerana..
AKU SAYANG KEPADAMU..

Wednesday, October 13, 2010

siapa dia???

salam..
da lama xupdate blog..dua bulan dah..
ish2..ksian blog ni terabai..hehehe...
sori la incik blog..saya sgt sbuk..ye ke???
yela..sibuk berangan n tgk muvi..
sbuk la kn??hehe..


siapa dia???
siapa??
ish...sapa dia???


siapa dia di hati mu..(kna baca dengan correct intonation =))


ni la soalan yang kawan ak tnya ms kami bbual dlm lecture tadi..
kawan ak tanya..
napa x kapael lagi??napa xcari kawan baru..


jwpn ak..
ntahla wei..hati aku bkak je kat org lain..tapi aku sedar..aku bnyak kekurangan..
aku ckp lagi..
aku rendah diri..


sebenarnya..aku sendiri xtau sapa dia di hati aku..
aku xda jawapan..
aku skrg berserah pada Allah je..apa2 pun aku yakin yang bakal suami aku sedang siapkan diri dia untuk aku sebagaimana aku tengah siapkan diri aku untuk bakal suami aku..
aku yakin..jodoh aku ada..

aku impikan perhubungan yang betul2 diredhai Allah..
yang betul2 menjaga adab susila..batas2 pgaulan lelaki dan wanita bukan muhrim..
ini yang aku impikan..

aku bukan sebaik saidatina Khadijah..namun ak berusaha melengkapkan diri aku sebaik mungkin..

Ya Allah..kau temukan aku dengan bakal suami yang mencintaimu lebih dari mencintaiku..

Friday, August 20, 2010

terjawab!!


salam..
slama ni saya fikir
kamu sakit..
kamu hilangkan diri..

tap arini..ptang tadi saya nampak kamu..
malu plak..da lama xjmpa..
good..
u r in good condition..

syukur ya rabb..:))