Sunday, October 31, 2010

kamu..

salam..entry kali ni mungkin berkisar tentang hati..
hati siapa?? mungkin hati pemilik post ini..mungkin jugak tidak..hehehe

Ya Allah..
susah untuk aku menjaga hati ini dari yang bukan milik aku..
bantulah aku untuk jauhkan hati ini daripada yang bukan milikku..
kerana aku sedar semua ini bukan atas redhamu..

buat masa sekarang, dia bukan milikku, begitu juga masa hadapan..aku tidak dapat mengagak semua ini..kerana yang Maha Mengetahui hanyalah kamu.. sebaik- baik pencipta.. Allah..

hati aku mudah berubah..tapi perubahan yang aku inginkan hanyalah untuk ke arah kebaikan..janganlah engkau palingkan hatiku dari jalan redhamu..
lurutkan aku pada jalan yang engkau redhai Ya Rabb..

aku yakin dengan segala ketentuanMu..
ajal, jodoh, rezeki..semua di tanganmu..
maka..aku pohon untuk dijauhi dari segala penyakit hati..
aku yakin engkau sebaik-baik penolong.....
engkau tidak akan menguji hambamu dengan ujian yang tidak mampu dihadapinya..

wahai hati..
jangan kau gundah gulana..kuatkan hati..terus mara ke hadapan sambil memohon petunjuk dan taubat dariNYA..
tetapkan niat di hati untuk mendapat redhaNYA..


mengapa saya jumpa facebook kamu??
mungkin Allah ingin menguji saya..
saya akan kuatkan diri untuk tidak melihat facebook kamu..
sejak saya dapat tahu kamu ada facebook..
hati saya tak tenteram..saya tahu.. hati saya telah dibisikkan sesuatu..
kamu bukan milik saya begitu juga saya..


~kuatkanlah hati hambamu ini~



Wednesday, October 20, 2010

Dengarla..wahai sahabat

Sahabat
aku tahu kadang kala aku melampaui batas sebagai seorang sahabat
maafkan aku jika hati murnimu teluka dengan lidahku dan perlakuanku
maafkan aku andai aku bersalah..

Sahabat
nasihatku bukan untukmu semata2
namun juga untuk diriku

Sahabat
andai engkau sunyi..
aku berasa sepi..
andai engkau sedih..
hatiku menjadi pedih
andai engkau dihina..
penghinaan itu tetap kurasa..

Sahabat..
bila lagi akan kulihat senyum mu?
acap lagi boleh ku lihat mulutmu petah berceloteh?
kapan boleh aku bergurau senda denganmu?

Sahabat..
aku merindui saat ini..
aku merindui semua tentangmu

Sahabat..
biarla luka hatimu sekarang dari kita menangung perasaan yang saling tidak meredhai..
lidahku yang lancang memang bisa membuatkan engkau terluka..
bukan niatku..

Sahabat..
niatku..
hanya untuk meneruskan perkongsian hidup kita seperti masa lalu..
kerana..
AKU SAYANG KEPADAMU..

Wednesday, October 13, 2010

siapa dia???

salam..
da lama xupdate blog..dua bulan dah..
ish2..ksian blog ni terabai..hehehe...
sori la incik blog..saya sgt sbuk..ye ke???
yela..sibuk berangan n tgk muvi..
sbuk la kn??hehe..


siapa dia???
siapa??
ish...sapa dia???


siapa dia di hati mu..(kna baca dengan correct intonation =))


ni la soalan yang kawan ak tnya ms kami bbual dlm lecture tadi..
kawan ak tanya..
napa x kapael lagi??napa xcari kawan baru..


jwpn ak..
ntahla wei..hati aku bkak je kat org lain..tapi aku sedar..aku bnyak kekurangan..
aku ckp lagi..
aku rendah diri..


sebenarnya..aku sendiri xtau sapa dia di hati aku..
aku xda jawapan..
aku skrg berserah pada Allah je..apa2 pun aku yakin yang bakal suami aku sedang siapkan diri dia untuk aku sebagaimana aku tengah siapkan diri aku untuk bakal suami aku..
aku yakin..jodoh aku ada..

aku impikan perhubungan yang betul2 diredhai Allah..
yang betul2 menjaga adab susila..batas2 pgaulan lelaki dan wanita bukan muhrim..
ini yang aku impikan..

aku bukan sebaik saidatina Khadijah..namun ak berusaha melengkapkan diri aku sebaik mungkin..

Ya Allah..kau temukan aku dengan bakal suami yang mencintaimu lebih dari mencintaiku..